Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan
untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan
berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang
mendalam tentangnya.
Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu
fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan
pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa.
ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA
1.
|
Bibir atas
|
11.
|
Tengah lidah
|
2.
|
Bibir bawah
|
12.
|
Belakang lidah
|
3.
|
Gigi atas
|
13.
|
Akar lidah
|
4.
|
Gigi bawah
|
14.
|
Epiglotis
|
5.
|
Gusi
|
15.
|
Pita suara
|
6.
|
Lelangit keras
|
16.
|
Rongga tekak
|
7.
|
Lelangit lembut
|
17.
|
Rongga Hidung
|
8.
|
Anak tekak
|
18.
|
Rongga mulut
|
9.
|
Hujung lidah
|
19.
|
Rahang
|
10.
|
Hadapan lidah
|
20.
|
Tenggorok
|
FUNGSI ALAT PERTUTURAN
Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling
aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat
bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang
lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis
penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah
penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah
dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan
ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.
Gigi
Gigi juga berperanan
dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya
yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam
penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi.
Bibir
Bibir adalah alat
artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri
daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan
berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi
sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat
sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.
Gusi
Gusi merupakan
bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut.
Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang
berfungsi membuat penyekatan.
Lelangit
Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari
sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula
dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan
untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila
dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut
dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar
melalui rongga hidung.
Rongga Hidung
Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh
lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan
sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.
Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat
penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara
memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput
nipis berkenaan.
JENIS-JENIS BUNYI
Bunyi Vokal
Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga
mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi
oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat
seperti berikut:
PENGHASILAN BUNYI VOKAL
Vokal Depan Sempit (i)
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir
menyentuh lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.
Lelangit lembut
diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut
sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan yang boleh
menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan terhampat.
Contoh: bilik, titik, ipar, jari,
cari
Vokal Depan Separuh Sempit (e)
Untuk
menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi
membunyikan vokal (i).
Contoh: kole, tauge, bendi, elok
Vokal Depan Separuh Luas
Untuk
mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan
untuk mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama
seperti semasa mengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).
Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek
Vokal Depan Luas ( a)
Untuk mengeluarkan
bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit
lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga
hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan
vokal (i), dan (e).
Contoh: anak, pandai,
landai, anting, siapa, takat
Vokal Belakang Sempit (u)
Dihasilkan dengan
mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang
aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan.
Contoh: ubat, ulat, undang, udang,
ulang
Vokal Separuh Sempit ( o )
Dihasilkan dengan
menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat
yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan.
Contoh: obor, solo, polo, toko,
orang
Vokal Belakang Separuh Luas
Dihasilkan apabila
belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk
bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.
Vokal Tengah
Dihasilkan dengan
meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian tepi lidah
dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana
luasnya.
Contoh: enam, empat, kenduri,
gerai
DIFTONG
Gabungan bunyi
vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran
bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang
lain. Terdapat 3 jenis diftong.
a. (ai):
sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai
b. (au): lampau,
silau, garau, surau, pukau
c. (oi):
amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.
No comments:
Post a Comment