Blog Cikgu Afida

KOLEKSI SOALAN

Berikut adalah contoh soalan  Bahasa Melayu Kefahaman

BAHASA MELAYU

UJIAN PEMAHAMAN

Soalan 1 hingga Soalan 5

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar
dalam akhbar tu.
Eee............ngerinya!
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa
dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam lagi
Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang
ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu
barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang
dilindungi?
Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau
membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak
pukul atau bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena
masuk penjara pula!

1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?
A) Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
B) Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
C) Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
D) Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan

A) menakutkan
B) menggemparkan
C) menghairankan
D) menyeronokkan

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali
A) ular sawa menelan gajah
B) ular sawa menelan kambing
C) ular sawa menelan ayam
D) ular sawa menelan manusia

4. Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana
mencedera atau membunuh ular sawa?
A) Denda sehingga RM3 000
B) Dikenakan hukuman penjara.
C) Dihukum penjara dan denda RM3 000
D) Denda RM3 000 atau dihukum penjara

5. Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana
A) hukumannya sangat berat.
B) ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
C) kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
D) kita boleh dihukum penjara.

Soalan 6 hingga Soalan 10

Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban,
70300 Seremban. Telefon : 06-4246522
___________________________________________________ ______________________
Semua Ibu Bapa/Penjaga Pelajar,                  Ruj. Kami: SKMB/96/07 Tarikh : 13 Jun 1996
Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban,
70300 SEREMBAN.

Tuan/Puan,

Pengambilan Buku Laporan Kemajuan Pelajar

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak tuan/puan dijemput hadir ke sekolah bagi me ngambil
buku laporan kemajuan anak tuan/puan.

2.    Untuk makluman tuan/puan, bermula tahun ini pihak sekolah tidak lagi menyerahkan buku
laporan tersebut kepada para pelajar untuk ditandatangani oleh penjaga mereka di rumah.

3.   Pihak sekolah berpendapat adalah lebih baik para ibu bapa datang ke sekolah untuk
menandatangani buku laporan tersebut. Dengan itu ibu bapa dapat berjumpa dengan guru
kelas anak mereka dan seterusnya dapat berbincang tentang perkembangan pelaiaran
anak-anak.

4.      Tuan/puan diminta hadir bersama anak tuan/puan yang lengkap berpakaian seragam
sekolah pada tarikh dan masa yang dinyatakan seperti di bawah

Tarikh : 22 hb. Jun 1996
Hari : Sabtu
Masa : Tahun 1, 2, dan 3 Tahun 4, 5, dan 6
8.00 pagi - 11.00 pagi 9.00 pagi - 11.45 pagi
2.00 petang - 4.00 petang 3.00 petang - 4.45 petang

5.      Kehadiran dan kerjasama tuan/puan sangat kami harapkan demi meningkatkan lagi
prestasi pelajaran pelajarpelajar sekolah ini.

Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
____________________________
(MOHD FIKRI BIN KHAIRUDIN)
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Mukim Bemban.


6. Surat di atas ditujukan kepada
A) gurubesar
B) pelajar-pelajar
C) ibu bapa/penjaga
D) tuan/puan

7. Tujuan utama surat itu adalah untuk
A) menjemput ibu bapa datang ke sekolah berjumpa dengan guru kelas anak- anak
mereka.
B) memberitahu ibu bapa tentang kemajuan pelajaran anak -anak mereka.
menjemput ibu bapa berbincang tentang kemajuan pelajaran anak -anak mereka.
memberikan tarikh dan masa ibu bapa boleh hadir ke sekolah bagi mengambil buku
laporan kemajuan anak-anak mereka.

8 Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali

A) ibu bapa diminta datang sendiri untuk mengambil buku laporan kemajuan pelajar.
B) pelajar boleh membawa pulang buku laporan kemajuan mereka untuk ditandatangani
oleh ibu bapa atau penjaga di rumah.
C) pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah apabila hadir ke sekolah bersama ibu
bapa mereka.
D)pihak sekolah berhasrat untuk mempertingkatkan prestasi pelajaran murid -muridnya.

9. Anak Puan Seliah belajar dalam Tahun 6. Oleh itu beliau boleh datang pada masa berikut,
kecuali
A) 8.45 pagi
B) 9.30 pagi
C) 3.45 petang
D) 4.15 petang

10. Sarah murid Tahun 4, manakala adiknya Nadia belajar dalam Tahun 1 . Masa yang paling
sesuai bagi ibu bapa mereka hadir ke sekolah ialah
A) 8.30 pagi
B) 11.15 pagi
C) 3.30 petang
D) 4.15 petang

Soalan 11 hingga Soalan 15

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup sekampung dan
bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga-tiganya murid Tahun Enam. Mereka sentiasa
berlumba-lumba dalam pelajaran. Masing-masing ingin menduduki tempat teratas dalam
kelas.
Dalam Peperiksaan Percubaan UPSR tempoh hari, ketiga-tiganya mendapat 4A. Di dalam
kelas mereka, John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala
Leong mendapat markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus
dalam Matematik. Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga -tiga
muridnya yang juga menjadi anak emas sekolah mereka itu.
Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan antara satu
sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan. Mereka
belajar bersama-sama, bermain bersama-sama dan jika timbul masalah, mereka akan cuba
menyelesaikannya secara muafakat.
Di kampung, mereka terkenal sebagai budak-budak yang ringan tulang. Orang kampung
juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin menolong
ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih dengan
orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan ramah.

11. Perkataan 'berlumba-lumba' dalam petikan di atas bermaksud
A) berlawan
B) bersaing
C)beriringan
D)berkejar-kejaran

12. Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?
A) Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik.
B) John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu.
C) Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris
D) Haikal, John dan Leong mendapat 4A dalam peperiksaan percubaan UPSR sekolah
mereka.

13. Semua perkara di bawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama -sama, kecuali
 A) bermain
B)  belajar
C)  menolong ibu bapa
D)  menyelesaikan masalah

14. Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud yang
baik, kecuali
A) anak emas
B) ringan tulang
C) ringan mulut
D) masam muka

15 Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut?
A) Bakal Pelajar Terbaik UPSR
B) Sikap Yang Harus Diteladani
C) ringan mulut
D) Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba-lumba

Soalan 16 hingga Soalan 20

Baca  pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Matahari terlindung cuaca redup,
Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.

Gembira sungguh di hari raya,
Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.

Pak Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.

Hati gembira apabila bertemu,
 Setelah lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.

16. Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'?
A) Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia.
B) Pelita diperlukan semasa mencari ilmu.
C) Ilmu akan dibawa hingga ke mati.
D) Ilmu itu dapat menghidupkan pelita.

17. Perkataan 'payah' dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan
A) rahsia
B) seksa
C) sukar
D) mudah

18 Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh
A) menjadikan seseorang itu kaya dengan ilmu.
B) membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu.
C) menambah pengetahuan orang yang bertanya itu.
D) menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca.

19. Semua pernyataan berikut adalah benar, kecuali
A) kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu.
B) kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu'.
C) membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu.
D) Ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi.

20 Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah
A) Mari Berpuisi
B) Faedah Ilmu
C) Pantun Ilmu
D) llmu Dalam Pantun

Soalan 21 hingga Soalan 30

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk diisi ke tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

21 Pemburu itu cuba......... kera dengan menagunakan perangkap yang diperbu at daripada
 buluh.
A) menangkap
B) menangkapi
C) memerangkap
D) memperangkapkan

22 Kebolehannya dalam permainan badminton ....................... apabila dia menjuarai acara
perseorangan di peringkat daerah.
A) terserlah
B) tampak
C) kelihatan
D) bermula

23. Encik Nathan ialah Guru Besar kami yang baru. Sebelum ini ...................... bertugas di
sebuah sekolah di Pulau Pinang.
A) dia
B) ia
C) baginda
D) beliau

24. Bangunan baru yang dibina itu tidaklah ....................... Menara Kuala Lumpur yang
 merupakan binaan tertinggi di Malaysia.
A) secantik
B) seperti
C) setinggi
D) sebesar

25 Kumpulan pengganas itu akhirnya menaikkan ....................... tanda menyerah kalah
setelah tempat persembunyian mereka dikepung oleh pasukan keselamatan.
A) tangan ke atas
B) senjata berat
C) bendera putih
D) harga diri

26. Para penonton mengejek pengadil itu kerana bersikap ...................... semasa mengadili
perlawanan bola sepak itu.
pilih kasih
berat sebelah
pilih bulu
sebelah mata
27 ............ Tiada kerja di kampung, dia pun berpindah ke bandar untuk mencari kerja.
Lantaran
Manakala
Jika
Walhal
28 Pelajar nakal itu didenda oleh Guru Besar kerana enggan memotong rambutnya yang
panjang sudah .................... beberapa kali diberi amaran.
sekiranya
sebab
walaupun
andai kata
29 Para nelayan itu turun ke laut dengan membawa tiga .............. jala dan beberapa
................. joran.
buah ... biji
rawan ... batang
batang ... rawan
longgok ... buah
30 Polis menjumpai dua ................. pistol yang disembunyikan di dalam se.............pokok
serai di belakang rumah penjahat itu.
pucuk ... rumpun
das ... buah
laras ... batang
pucuk ... cekak
Soalan 31 dan Soalan 32 Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
31 Hanya orang yang bersemangat jitu sahaja akan dipilih menyertai pasukan tentera.
kuat
lemah
waja
lembut
32 Fikirannya menjadi semakin berkecamuk setelah mendapat tahu bahawa dia telah gagal
dalam peperiksaan itu.
tenang
bercelaru
risau
teratur
Soalan 33 dan Soalan 34 Pilih perkataan seerti yang paling sesuai untuk menggantikan
perkataan berbaris.
33 Pengawas telah melaporkan kejadian kecurian itu kepada Guru Besar.
mengajukan
menyatakan
memberitahu
mengadukan
34 Pegawai yang angkuh itu telah diberi amaran oleh ketua pejabatnya supaya lebih
bersopan ketika berurusan dengan orang ramal.
jahat
bengis
bongkak
malas
Soalan 35 hingga Soalan 37
Isikan tempat kosong yang bernombor dengan jawapan yang paling sesuai.
Dia tidak sanggup lagi ....(35).... seperti binatang. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk
melarikan diri dan ....(36).... tindakan majikannya itu kepada pihak polis. Biar majikannya
didakwa di mahkamah dan mendapat ....(37).... yang setimpal dengan perbuatannya.
35
berkelakuan
dilakukan
memperlakukan
diperlakukan
36
laporkan
melaporkan
dilaporkan
memperlaporkan
37
hukuman
dihukum
menghukum
penghukuman
Soalan 38 dan Soalan 39
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.
38
"Jangan kamu hampiri cerun yang curam itu!" kata Cikgu Ahmad kepada Ramli.
"Jangan, kamu hampiri cerun yang curam itu?" tempik Cikgu Ahmad kepada Ramli.
Jangan kamu hampiri cerun yang curam itu, nasihat Cikgu Ahmad kepada Ramli.
Jangan kamu hampiri, cerun yang curam itu! pekik cikgu Ahmad kepada Ramli.
39 "Negara-negara di Asia Tenggara boleh menjadi
kuasa ekonomi dunia pada suatu ketika nanti," kata
perdana menteri kita dengan yakin.
"Negara-negara di Asia Tenggara, boleh menjadi
kuasa ekonomi dunia, pada suatu ketika nanti,"
kata Perdana Menteri kita dengan yakin.
"Negara-negara di asia tenggara boleh menjadi
kuasa ekonomi dunia pada suatu ketika nanti." Kata
Perdana Menteri kita dengan yakin.
"Negara-negara di Asia Tenggara boleh menjadi
kuasa ekonomi dunia pada suatu ketika nanti," kata
Perdana Menteri kita dengan yakin.
Soalan 40 dan Soalan 41
Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat yang bergaris.
40 Temasya Sukan Komanwel 1998 akan diadakan di Malaysia.
Benarkah temasya Sukan Komanwel 1998 akan diadakan di Malaysia?
Di manakah temasya Sukan Komanwel 1998 akan diadakan?
Bilakah temasya Sukan Komanwel akan diadakan di Malaysia?
Negara manakah yang akan menjadi tuan rumah temasya Sukan Komanwel 1998?
41 Kawasan rumah yang tidak dibersihkan daripada bekas-bekas yang boleh menakung air
adalah antara sebab utama pembiakan nyamuk aedes.
Bagaimanakah pembiakan nyamuk aedes boleh
berlaku?
Apakah faktor penting yang menyebabkan
pembiakan nyamuk aedes?
Apakah kesan daripada kawasan rumah yang tidak
dibersihkan daripada bekas-bekas yang menakung
air?
Di manakah nyamuk aedes biasanya membiak?
Soalan 42 dan Soalan 43
Pilih ayat-ayat yang betul.
42 I Gerhana matahari berlaku apabila bulan berada betul -betul di antara matahari dan
bumi.
II Malaysia berwawasan untuk menuju menjadi negara maju pada tahun 2020.
III Hanya pelajar-pelajar yang mendapat 4A dalam UPSR akan dipertimbangkan untuk
masuk ke sekolah berasrama penuh.
IV Acara lari dalam guni itu disertai oleh para guru-guru sekolah ini.
I dan III sahaja
I, II dan III sahaja
III dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
43 I Kami lari lintang-pukang apabila dikejar oleh seekor anjing yang garang.
II Tiga orang murid-murid sekolah saya telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan
peringkat daerah.
III Dia berasa waswas untuk masuk ke dalam rumah yang dikatakan berhantu itu.
IV Tembakan pemburu itu tepat mengenai kepala harimau yang telah membaham tiga ekor
kambing di kampung itu.
I dan II sahaja
I dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Soalan 44 dan Soalan 45
Pilih kata ganda yang bergaris dalam ayat di bawah yang membawa maksud jamak
44 I Orang berduyun-duyun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.
II Sudah berkali-kali ibu mengejutkan adik tetapi adik masih lagi belum bangun daripada
tidur.
III Ibu menyuruh adik menghalau ayam-ayam yang memakan padi yang dijemur itu.
IV Tukang kayu itu sedang memasang kuda-kuda pada rumah yang sedang dibina itu.
I dan II sahaja
I, II dan III sahaja
II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
45 I Nenek mengambil masa berhari-hari untuk menyiapkan sebidang tikar mengkuang yang
dianyamnya.
II Adik menangkap beberapa ekor kunang-kunang lalu memasukkannya ke dalam botol.
III Mesyuarat itu dihadiri oleh pemimpin-pemimpin kelab dan persatuan yang terdapat di
sekolah ini.
IV Ramai pemandu yang tidak berhati-hati telah terlibat dalam kemalangan di jalan raya
yang bengkang- bengkok itu
I dan II sahaja
I dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
Soalan 46 hingga Soalan 50
Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
46. I Pemain itu gagal menjaringkan gol walaupun mendapat peluang terbuka di depan pintu
gol.
II Hatinya terbuka semula untuk meneruskan pelajaran setelah melihat kejayaan abangnya
mendapat ijazah.
III Rakyat Malaysia mengadakan rumah terbuka setiap kati menyambut hari raya.
IV Kucing itu menyelinap ke dapur melalui tingkap yang terbuka itu.
I,III dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
I, II, III dan IV
47. I Ibu membeli tiga pucuk pisang untuk digoreng.
II Kambing suka makan pucuk kayu muda.
III Para pendaki gunung itu akan cuba mendaki hingga ke pucuk Gunung Kinabalu.
IV Polis telah merampas beberapa pucuk pistol daripada kumpulan kongsi gelaD itu.
I dan II sahaja
II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
48 I Saya baru sekali pergi ke Pulau Langkawi.
II Pemandangan di kawasan penanaman teh di Cameron Highlands indah sekali.
III Jangan kamu sekali memandang rendah terhadap keupayaan lawan kamu itu.
IV Saya tidak menyangka sama sekali akan memenangi peraduan mengarang itu.
II dan IV Sahaja
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
I, II, III dan IV
49 I Bangunan tinggi mesti mempunyai asas yang kukuh supaya tidak mudah runtuh.
II Persahabatan mereka menjadi semakin kukuh selepas menyertai kem motivasi tersebut.
III Kedudukan pasukan Pahang dalam Liga Perdana bertambah kukuh setelah mereka
menumpaskan pasukan Selangor.
IV Pemain badminton itu menjadi semakin kukuh apabila dia menjuarai pertandingan
peringkat dunia itu.
I dan III sahaja
I, II dan III sahaja
II dan IV sahaja
III, III dan IV sahaja
50 I Datuk saya masih kelihatan sihat walaupun sudah b erumur 75 tahun.
II Matanya kurang kelihatan menyebabkan dia terpaksa memakai cermin mata.
III Saya mendekati nenek yang kelihatan kebingungan selepas turun dari bas ekspres itu.
IV Menara Kuala Lumpur boleh kelihatan walaupun dari jarak sepuluh kilometer.
I dan III sahaja
III dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
http://tatabahasabm.tripod.com
diambil dari laman TM School Online
Jawapan bagi set 1
1. C
2. B
3. A
4. C
5. B
6. C
7. C
8. B
9. A
10. D
11. B
12. C
13. C
14. D
15. B
16. A
17. C
18. C
19. D
20. C
21. C
22. A
23. D
24. C
25. C
26. B
27. A
28. C
29. B
30. A
31. B
32. A
33. D
34. C
35. D
36. B
37. A
38. A
39. D
40. B
41. B
42. A
43. C
44. B
45. B
46. D
47. B
48. C
49. A
50. A

No comments:

Post a Comment